Khamis, 26 November 2009

Ucapan selamat Hari Raya Aidil Adha

Kepada semua pengunjung Blog ini yang beragama islam, saya inign ucapkan selamat hari raya aidil adha. Tahun ini saya tidak balik kampung, sebaliknya saya akan berhari raya di rumah adik bongsu saya di Seri Kembangan, Selangor memandangkan ibu saya pun tidak berhari raya dikampung. Lagi pun, disana ada dua lagi kakak saya yang sulung iaitu Ramlah di Puchong dn Rubiah di Taman Medan, petaling jaya. kami akan bertemu disana. Tahun ini adik lelaki saya, Suhaimi buat korban seekor lembu bersama ibu saudara saya dan sepupu sepapat saya. Jadi agaknya mesti meriah punya jumpa adik beradik, ibu saudara serta sepupu sepapat, pasti kecoh. Tak sabar nak jumpa. Selamat hari raya...

1 ulasan: