



Esok saya sekeluarga akan bertolak ke Bandar Putera Permai, Seri Kembangan ke rumah adik saya, Suhaimi, untuk berhari raya bersama ibu dan dua lagi kakak saya. Kami akan bertolak awal pagi supaya sampai awal disana dan dapatlah menyertai ahli keluarga yang lain untuk aktiviti korban pagi itu. Anak-anak saya dah tak sabar. Mereka dah mula berkemas ni sebab kena bangun pagi pagi lagi, maklumlah nak jumpa sepupu sepapat....tapi raya ni takde duit raya...Saya dari petang tadi, periksa angin tayar kereta, air, minyak hitam, dan lain lain..maklumlah nak berjalan jauh kena chek semuanya.
Sebelum tu, kami sekeluarga melihat gambar gambar lama masa muda muda dulu. Terdapat beberapa keping gambar lama yang menarik perhatian saya. Gambar anak anak saudara saya, masa kecik kecik dan hingusan lagi..sekarang ni mereka dah kahwin dan ada anak pun....cepatnya masa berlalu, teringat zaman kanak kanak dahulu. Berikut saya lampirkan beberapa nkeping gambar tersebut....

li, takdok gambar2 lagi ko, upload kat sini wehh banayk...
BalasPadamsaya jer yang belum kahwin...hahahahaha
BalasPadam