Khamis, 26 November 2009

Bergembira di hari raya





Esok saya sekeluarga akan bertolak ke Bandar Putera Permai, Seri Kembangan ke rumah adik saya, Suhaimi, untuk berhari raya bersama ibu dan dua lagi kakak saya. Kami akan bertolak awal pagi supaya sampai awal disana dan dapatlah menyertai ahli keluarga yang lain untuk aktiviti korban pagi itu. Anak-anak saya dah tak sabar. Mereka dah mula berkemas ni sebab kena bangun pagi pagi lagi, maklumlah nak jumpa sepupu sepapat....tapi raya ni takde duit raya...Saya dari petang tadi, periksa angin tayar kereta, air, minyak hitam, dan lain lain..maklumlah nak berjalan jauh kena chek semuanya.

Sebelum tu, kami sekeluarga melihat gambar gambar lama masa muda muda dulu. Terdapat beberapa keping gambar lama yang menarik perhatian saya. Gambar anak anak saudara saya, masa kecik kecik dan hingusan lagi..sekarang ni mereka dah kahwin dan ada anak pun....cepatnya masa berlalu, teringat zaman kanak kanak dahulu. Berikut saya lampirkan beberapa nkeping gambar tersebut....

Ucapan selamat Hari Raya Aidil Adha

Kepada semua pengunjung Blog ini yang beragama islam, saya inign ucapkan selamat hari raya aidil adha. Tahun ini saya tidak balik kampung, sebaliknya saya akan berhari raya di rumah adik bongsu saya di Seri Kembangan, Selangor memandangkan ibu saya pun tidak berhari raya dikampung. Lagi pun, disana ada dua lagi kakak saya yang sulung iaitu Ramlah di Puchong dn Rubiah di Taman Medan, petaling jaya. kami akan bertemu disana. Tahun ini adik lelaki saya, Suhaimi buat korban seekor lembu bersama ibu saudara saya dan sepupu sepapat saya. Jadi agaknya mesti meriah punya jumpa adik beradik, ibu saudara serta sepupu sepapat, pasti kecoh. Tak sabar nak jumpa. Selamat hari raya...

Selamat datang ke Blog Cikgu Ramli

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat datang ke Blog Cikgu Ramli, SKIM UTAMA, Kuantan, Pahang. Kiriman anda amat diperlukan untuk berkongsi pendapat dalam apa jua bidang terutama bidang perguruan. Kesudian tuan tuan pengunjung berkongsi pendapat adalah amat dihargai.
Terima kasih.