Jumaat, 5 Februari 2010

AKTIVITI KELAB BOLING SKIMU 5 FEB 2010















Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini....
Hari ini adalah hari ketiga latihan Kelab Boling Skimu. Kehadiran murid dan guru memuaskan. Hari ini ramai guru-guru skimu yang datang bermain boling, ada yang kali pertama datang terus buat strike tu!!....steady le Najihah, Rina, Asfa, Zuraida, Hasuraini, Rashidah dan Rokiah.....Kepada Coach kita...cg Azreen..tahniah, pengurusan anda amat teratur....Katanya cg Shahrill dan wife dia nak join hari ini, tapi batang hidung pun tak nampak...ada hal le tu...Anyway...terima kasih kepada semua guru yang hadir hari ini, beri support....rasanya meriah skit kalau ramai ramai datang....aku yang bad mood ni pun ceria skit....heee..sory. Sesiapa yang nak join...anda dialu alukan....

Bila ramai datang...banyak le gelagat-gelagat yang memecahkan perut...Rina...pada awalnya...fush...balingan mengalahkan Shalin....saya heran macam mana bola dia boleh berputar...siap korner pegi tengah tengah pin...bila ditanya....terjadi secara semulajadi....baling jer.. Pada awalnya ok gak si Rina ni...tapi bila dah masuk balingan ke 5 dan seterusnya ....jadi raja longkang ler plak.....Najihah...first time main....dah dapat strikke....heee...high game dia hari ni... Dulu saya dah calon jadi guru boling...tapi dia sendiri yg nak tukar....kan bakat semulajadi tu ada dalam diri...Yang lain-lainnya ok le main...suka suka...minggu depan datang awal ler skit....

Berikut adalah dilampirkan gambar gambar sekitar latihan kelab boling petang tadi...
Hahhh!! dalam ni ada bukti gambar Rina jadi Raja Longkang....kah! Kah! Kah....

Khamis, 4 Februari 2010

LATIHAN RUMAH SUKAN SKIM UTAMA

Perhatian kepada semua guru dan murid skim utama.

Berikut adalah tarikh-tarikh latihan rumah sukan.
Hari Selasa : 2, 9, 23 febuari 2010.
Hari Khamis : 4, 11, 25 febuari 2010.

Semua guru dan murid diwajibkan hadir. Terima kasih.

Berikut adalah Acara acara sukan yang akan terlibat dengan Sukantara.

1. 40m tahun 1(L/P)
2. 60m tahun 2 (L/P)
3. 80m tahun 3 (L/P)
4. 100m tahun 4, 5, dan 6 (L/P)
5. Lompat tinggi tahun 4, 5, dan 6 (L/P)
6. Lompat jauh tahun 4, 5, dan 6 (L/P)
7. Lontar peluru tahun 4, 5 dan 6 (L/P)

Semua murid yang dapat melepasi target yang ditetapkan, markah individu akan diberikan kepada rumah sukan tersebut dan akan dikira bagi menentukan juara keseluruhan. Namun begitu, tiada hadiah disediakan bagi acara sukantara ini. Harap semua guru dapat melatih murid masing masing bersungguh-sungguh bagi mencapai kejuaraan.
Terima kasih.

Kejohanan Olahraga Tahunan SK. Indera Mahkota Utama, Kuantan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua guru dan murid skim utama.
Dimaklumkan, mengikut perancangan, sukan olahraga tahunan sekolah kita akan diadakan pada 28 Mac 2010 (Ahad) dan latihan sukan telah bermula pada 2 Febuari 2010.

Pada 30 Januari 2010, pihak sekolah telah menerima surat pekeliling daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Melalui Jabatan Pelajaran Pahang, mengkehendakkan semua sekolah mengadakan sukan olahraga sama ada bulan Jun atau Julai, dan latihan sukan mesti diadakan pada bulan januari hingga Mei. Rasionalnya adalah supaya pihak sekolah merancang sukan olahraga tahunan secara terperinci dan sukan yang diadakan mestilah meriah disamping murid/pelajar dapat mengasah bakat dengan berkesan.

Pihak sekolah telah menghubungi pengawai pelajaran daerah Kuantan, dan diarahkan supaya mengikut perancangan seperti diarahkan oleh Kementerian dan jika sekolah engkar akan perintah ini, pihak sekolah mesti bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku apa apa kesulitan nanti dan perlu memberi tunjuk sebab kepada pengarah pelajaran Pahang. . Sehubungan dengan itu, Guru Besar telah mengambil keputusan supaya sukan olahraga sekolah ini perlu diubah ke bulan Jun, iaitu pada 27 Jun 2010(Ahad). Latihan sukan perlu dilaksanakan pada bulan febuari seperti perancangan asal.

Sehubungan dengan itu semua guru dan murid perlu menerima keputusan ini berdasarkan "menurut perintah". Saya sebagai GPK Kokurikulum serta GPK 1 dan 2, terpaksa akur dan menerima arahan ini, walaupun banyak perkara-perkara lain yang tertangguh. Kita semua sedar akan implikasi jika melaksanakan sukan pada bulan Jun...kemungkinan akan mengganggu jadual perancangan Kurikulum, mengganggu tumpuan murid untuk menghadapi UPSR.Kita sedar, setelah sekian lama sukan olahraga tahunan diadakan pada awal tahun, namun tahun ini kita terpaksa mengubahnya. Harap maklum dan faham situasi sebenar. Jangan ada guru bercakap-cakap dibelakang menyalahkan saya selaku guru yang bertanggungjawab dalam hal ini.
Sekian.


Majlis perlantikan pengawas sekolah skim utama










Majlis perlantikan dan penyampaian watikah perlantikan pengawas sekolah, pengawas pss, ketua dan pen ketua darjah telah diadakan pada 18 Jan 2010. Tujuan diadakan adalah memberi mandat dan mengiktirafkan peranan pengawas disekolah secara rasminya. Berikut disertakan beberapa keping gambar berkaitan. terima kasih.

Khamis, 26 November 2009

Bergembira di hari raya





Esok saya sekeluarga akan bertolak ke Bandar Putera Permai, Seri Kembangan ke rumah adik saya, Suhaimi, untuk berhari raya bersama ibu dan dua lagi kakak saya. Kami akan bertolak awal pagi supaya sampai awal disana dan dapatlah menyertai ahli keluarga yang lain untuk aktiviti korban pagi itu. Anak-anak saya dah tak sabar. Mereka dah mula berkemas ni sebab kena bangun pagi pagi lagi, maklumlah nak jumpa sepupu sepapat....tapi raya ni takde duit raya...Saya dari petang tadi, periksa angin tayar kereta, air, minyak hitam, dan lain lain..maklumlah nak berjalan jauh kena chek semuanya.

Sebelum tu, kami sekeluarga melihat gambar gambar lama masa muda muda dulu. Terdapat beberapa keping gambar lama yang menarik perhatian saya. Gambar anak anak saudara saya, masa kecik kecik dan hingusan lagi..sekarang ni mereka dah kahwin dan ada anak pun....cepatnya masa berlalu, teringat zaman kanak kanak dahulu. Berikut saya lampirkan beberapa nkeping gambar tersebut....

Ucapan selamat Hari Raya Aidil Adha

Kepada semua pengunjung Blog ini yang beragama islam, saya inign ucapkan selamat hari raya aidil adha. Tahun ini saya tidak balik kampung, sebaliknya saya akan berhari raya di rumah adik bongsu saya di Seri Kembangan, Selangor memandangkan ibu saya pun tidak berhari raya dikampung. Lagi pun, disana ada dua lagi kakak saya yang sulung iaitu Ramlah di Puchong dn Rubiah di Taman Medan, petaling jaya. kami akan bertemu disana. Tahun ini adik lelaki saya, Suhaimi buat korban seekor lembu bersama ibu saudara saya dan sepupu sepapat saya. Jadi agaknya mesti meriah punya jumpa adik beradik, ibu saudara serta sepupu sepapat, pasti kecoh. Tak sabar nak jumpa. Selamat hari raya...